Pada 2/3/2024 , Kelanasiswa Malaysia Politeknik Kota Bharu telah menganjurkan Program Penghijauan Malaysia bagi latihan perkhidmatan (Alam Sekitar) di Pantai Melawi, Bachok sekitar 7:00am sehingga 1:30pm.
Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dilakukan,antaranya:
•Menanam pokok Ru di tepi pantai melawi
•Melakukan khidmat masyarakat iaitu bergotong-royong di persisiran pantai melawi.
Selain itu, matlamat daripada program tersebut adalah;Dapat membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam menjalani kehidupan seharian.
Di samping itu juga, program ini dapat meningkatkan komitmen dan keprihatinan terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.
Natijahnya, harapan daripada program tersebut adalah semoga masyarakat tempatan dan pelancong dapat memainkan peranan penting untuk menjaga alam sekitar. Semoga dengan hasil kerja Kelanasiswa Politeknik Kota Bharu ini sedikit sebanyak dapat memberi impak yang positif di Pantai Melawi ini.