Loading...
KM.24 Kok Lanas, Kelantan
Ahad - Khamis : 08.00 AM - 05.00 PM
+609-7889126
BIDANG TUMPUAN
BSGPC dibangunkan dengan visi untuk memperkasa budaya hijau dan memampankan politeknik dan kolej komuniti bagi melahirkan pekerja kolar hijau. Hala tuju strategik yang praktikal merupakan tonggak utama dalam mencapai visi blueprint ini. Hala tuju ini adalah berpandukan kepada pelaksanaan aktiviti 7 BT yang perlu dilaksanakan secara seiring dan menyeluruh. BT ini telah ditambah baik berdasarkan kepada pengalaman yang diperolehi semasa fasa BPPM 2015 – 2020. Terdapat 7 BT yang telah ditambah baik iaitu:

BT PENGURUSAN PENDIDIKAN DAN PENYELIDIKAN

Bidang Tumpuan pertama ialah Pengurusan Pendidikan dan Penyelidikan yang memberi tumpuan kepada pelaksanaan Kurikulum Hijau, penyelidikan dan penerbitan lestari, pengurusan laporan dan laman sesawang kelestarian, pelaksanaan program kesedaran dan penerapan budaya hijau, serta latihan, perkongsian kepakaran dan pengalaman bagi pelajar dan kakitangan.

PELAN TINDAKAN (PT)

1. Pelaksanaan Kurikulum Hijau

2. Penyelidikan dan Penerbitan mampan

3. Pengurusan laporan dan laman web kelestarian

4. Program Kesedaran Dan Penerapan Budaya Hijau

5. Latihan, Perkongsian Kepakaran Dan Pengalaman bagi pelajar dan staff

BT PENGURUSAN TENAGA DAN PERUBAHAN IKLIM

Bidang tumpuan kedua iaitu Pengurusan Tenaga dan Perubahan Iklim melihat kepada pengekalan dan peningkatan kecekapan penggunaan tenaga serta galakan penggunaan tenaga boleh diperbaharui bagi mengurangkan pelapasan karbon. Usaha ini perlu disokong dengan pelaksanaan inisitif penyebaran pengetahuan melalui pendidikan dan latihan dalam aspek pengukuran pengurangan karbon dioksida (CO2) dan lain-lain gas rumah hijau.

PELAN TINDAKAN (PT)

1. Amalan dan penggunaan peralatan cekap tenaga

2. Perlaksanaan bangunan rendah tenaga & seni bina pasif

3. Meminumkan pengunaan elektrik & Bayaran Tarif

4. Penetapan Tanda Aras Energy Used Index (EUI) dan penganugerahan untuk Politeknik Malaysia yang layak

5. Program latihan & peningkatan ilmuan (green tech) secara berskala dan berterusan

6. Bilangan aplikasi tenaga boleh diperbaharui di kampus

7. Nisbah jumlah pengeluaran karbon dengan pelajar kampus

8. Mengukuhkan tadbir urus dalam menangani perubahan iklim

9. Pertandingan amalan terbaik (Best Practices) Pengurangan Kesan Iklim

BT PENGURUSAN ALAM SEKITAR DAN LANDSKAP

Bidang Tumpuan ketiga adalah Pengurusan Alam Sekitar dan Landskap dengan mengintegrasi amalan pengurusan alam sekitar dalam pengoperasian institusi melalui dasar-dasar dan prosedur bagi memastikan amalan alam sekitar terbaik diaplikasikan dalam urusan harian. Fokus dalam pegurusan landskap pula mamberi tumpuan ke arah memberi kefahaman yang jelas tentang kepentingan kepelbagaian bio dan landskap terhadap kelestarian alam sekitar serta mewujudkan landskap yang dapat mengekalkan kepelbagaian bio setempat.

PELAN TINDAKAN (PT)

1. Melaksanakan Latihan dan Kesedaran Perkongsian Maklumat & Data Bagi Pihak Berkaitan

2. Mengekalkan tumbuhan dan Habitat semulajadi

3. Melaksanakan Kajian & Tindakan Setempat

BT PENGURUSAN SISA

Bidang Tumpuan keempat memberi fokus kepada Pengurusan Sisa untuk peningkatan kesedaran dan pengetahuan pengurusan sisa bagi mengoptimumkam penggunaan sumber melalui pengukuran prestasi pengurusan sisa semasa.

PELAN TINDAKAN (PT)

1. Melaksanakan Program Kitar Semula (Prevent, Reduce, Reuse, Recycle, Treat)di Politeknik dan Kolej Komuniti

2. Melaksanakan program mengurangkan penggunaan bahan cetak dan plastik di Politeknik dan Kolej Komuniti

3. Mengurangkan pelupusan sisaorganik di tapak pelupusan melalui kompos sisa organik

4. Melaksanakan pelupusan sisa bukan organic

5. Mengendalikan dan mengawal selia sisa bahan-bahan toksik

6. Pengurusan rawatan sisa kumbahan

BT PENGURUSAN AIR

Bidang Tumpuan kelima ialah Pengurusan Air yang melalui peningkatan pengetahuan tentang utiliti dan amalan kaedah penjimatan air melalui pemantauan, kawalan dan pembangunan sistem kitar semula air dan penuaian air hujan.

PELAN TINDAKAN (PT)

1. Pelancaran Kempen Amalan Penggunaan dan Penjimatan Air

2. Melaksanakan Pemantauan Penggunaan Air Semasa

3. Implementasi Program Sistem Kitar Semula Air dan Penggunaan

4. Membangunkan Sistem Pengumpulan Air Hujan

5. Penggunaan Alat Kecekapan Penjimatan Air

BT PENGANGKUTAN

Bidang Tumpuan keenam memberi tumpuan kepada Pengangkutan dengan menerapkan kesedaran tentang kepentingan bagi mengurangkan pencemaran melalui pelaksanaan polisi dan pengurusan teknologi hijau.

PELAN TINDAKAN (PT)

1. Menggalakkan perkongsian kenderaan atau menggunakan kenderaan awam keluar kawasan dikalangan warga politeknik

2. Menyediakan garis panduan pelaksanaan pejalan kaki

3. Menyediakan polisi penggunaan kenderaan yang mengurangkan karbon

BT PEROLEHAN HIJAU

Bidang Tumpuan ketujuh iaitu Perolehan Hijau yang memberi fokus kepada pengenalan dan amalan perolehan hijau dalam sistem Politeknik dan Kojej Komuniti sebagai usaha menyokong pemeliharaan alam sekitar dan pengurangan jejak karbon.

PELAN TINDAKAN (PT)

1. Pelaksanaan TOT

2. Penganjuran LatihanTaklimat Kepada Pembekal dan Supply Chain

3. Perancangan Perolehan Hijau Tahunan

4. Penyediaan Laporan Prestasi