Loading...
KM.24 Kok Lanas, Kelantan
Ahad - Rabu : 08.00 AM - 05.00 PM   Khamis : 08.00 AM - 03.30 PM
+609-788 9126/9344

Lawatan Akademik Ke Loji Janakuasa Solar, Pasir Mas

...

7 Mac 2024, Loji Janakuasa Solar Pasir Mas : Jabatan Kejuruteraan Elektrik bersama jawatankuasa PPI jabatan telah menganjurkan program lawatan akademik pelajar Politeknik Kota Bharu (PKB) bagi pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik (DET) dan Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (DEE) ke Loji Janakuasa Solar, Pasir Mas. Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada teknologi terkini dan tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga solar yang digunakan dalam bidang penjanaan, penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik kepada pengguna.

... Progam ini juga dapat menarik minat pelajar mendalami ilmu terutama yang berkaitan dengan penggunaan tenaga elektrik di seluruh negara. Selain itu, program ini juga dapat memenuhi Programme Learning Outcome bagi program DEE dan DET iaitu PLO7 Environment and Sustainability: Understand and evaluate the sustainability and impact of engineering technician work in the solution of well-defined engineering problems in societal and environmental contexts. Program lawatan akademik ini juga adalah untuk memenuhi kursus Power System DET30053 serta memberi pendedahan kepada pelajar dan staf Politeknik Kota Bharu terutama staf daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik untuk meninjau, mempelajari serta mendalami ilmu penjanaan tenaga solar sebagai tenaga yang boleh diperbaharui. Lawatan ini diketuai oleh Pn Salwati Bt Mohamed @ Awang, Pn Nor hayati Bt Ismail, Pn Saifenah Bt Saipuddin, Pn Masliza Bt Mat Jusoh, Pn Nik Rahaya Bt Nik Ishak dan En Kang Kim Soon.

Kembali