Loading...
KM.24 Kok Lanas, Kelantan
Ahad - Rabu : 08.00 AM - 05.00 PM   Khamis : 08.00 AM - 03.30 PM
+609-788 9126/9344

Program Gotong Royong Mega Perangi Aedes Bil 1.0/2024 Peringkat Negeri Kelantan

...

Program GOTONG ROYONG MEGA ini telah disertai oleh 6 Kelana dan 5 Pesuruhjaya Daerah KSM PKB. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Bersama Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kok Lanas dengan Kerjasama Majlis Daerah Ketereh, KRT dan AJK Surau Taman Desa Satria dan dirasmikan oleh Yb.Hilmi bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan Kesihatan dan Alam Sekitar Kerajaan Negeri Kelantan.

... Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah di sediakan oeh pihak penganjur iaitu senamrobik, saringan kesihatan, pemeriksaan gigi, cabutan dan sebagainya.Kehadiran penyertaan dari pihak penduduk setempat sangat memberangsangkan iaitu sekitar 400 orang. Harapan kami agar program-program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan dating kerana program seperti ini sebenarnya memberikan impak dan kesan positif yang cukup baik kepada Kelanasiswa dan semua yang terlibat dalam program ini. Dengan ini, kita mestilah menjaga alam sekitar untuk mencegah diri daripada terkena penyakit yang berbahaya seperti demam denggi. Terima Kasih kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu dan Klinik Kesihatan Kok Lanas sudi menjemput kami warga Kelanasiswa Politeknik Kota Bharu untuk menyertai program ini Ayuh Bersama kita cegah dan banteras denggi!

Kembali