28 Ogos 2024 & 4 Sept 2024 - Kursus Pengenalan RELA merupakan kursus paling asas dan awalan kepada semua pelajar yang berdaftar kursus Kokurikulum RELASIS 1 MPU24191. Ia dianjurkan secara dwitahunan mengikut sesi pengajian bagi memenuhi silibus RELASIS 1.
Pada siri kali ini, kursus ini dilaksanakan dalam dua Slot. Sekalung tahniah kepada semua pelajar RELASIS PKB Semester 1 Sesi 1 2024/2025 iaitu seramai 56 orang di atas kejayaan menamatkan semua tugasan dan lulus dalam Kursus siri ini. Pembukaan Kursus telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan, Politeknik Kota Bharu YBrs. Haji Sazami bin Shafi'i. Penceramah dan Jurulatih pula didatangkan khas daripada Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Kelantan iaitu PgR Mohamad Aiman Bin Hanapi (PPRD Kota Bharu ), Tuan Muhammad Luqman Naziri Bin Mohamed (Alumni RELASIS PKB/RELA Daerah Bachok) dan KPR Saufe Bin Liat (Ketua Platun RELA Kota Bharu). Kursus ini telah dikendalikan oleh 5 orang Jawatankuasa Pelajar Senior Kelab RELASIS PKB dengan pemantauan Jawatankuasa Staf yang terdiri daripada, Pegawai Bersekutu RELA iaitu PgR (Bersekutu) Muzimah Aida binti Md Mustafa Adjutan RELASIS PKB dan PgR (Bersekutu) Haji Md Fadzil bin Hasbollah Pegawai Latihan RELASIS PKB, Pegawai Belia dan Sukan PKB Puan Bazlina binti Bakri dan dan staf PKB En. Hasnizul bin Hasbollah. Bertepatan sambutan bulan kemerdekaan, Slot Pertama telah berlangsung pada 28 Ogos 2024 di Bilik Mutiara, Politeknik Kota Bharu. Slot ini merupakan Teori kepada Kursus Pengenalan RELA yang merangkumi Pengenalan Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Briged RELASIS, Akta Perundangan dan Integriti RELA, Ketua Platun RELA (KPR) dan Ketua Perhubungan RELA Kawasan (KPRK).
Manakala, slot kedua adalah On Job Training (Praktikal) yang baru sahaja selesai pada 4 September 2024 dengan pendakian ke Puncak Bukit Gunong bersempena sambutan Ambang Hari Malaysia. Walaupun terdapat kekangan dari segi pengangkutan dan sedikit sebanyak merencatkan masa pelaksanaan kursus, tetapi pujian harus diberikan oleh pihak RELA Negeri Kelantan dan RELA Daerah Kota Bharu yang pantas memberikan kerjasama untuk penggunaan perkhidmatan trak RELA bagi merealisasikan slot kedua ini. Para Jurulatih, Penceramah, Jawatankuasa staf dan Pelajar serta para peserta masing-masing mempamerkan sisi kecemerlangan dan kerjasama yang erat bersesuaian dengan terlunasnya praktikal topik Kesukarelawan dan Penyatuan Bangsa seperti saling tolong menolong, solat berjemaah, aktiviti Kesukarelawan membersihkan sekitar puncak dan kesepakatan sewaktu pendakian serta pelaksanaan aktiviti memasak di puncak. Kursus ini diakhiri dengan latihan penilaian asas kawad sebagai menutup on job training. Tahniah di atas semangat yang padu yang dikongsikan oleh semua pihak.
Kembali